Perjumpaan Ketua Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Lukman Abu Bakar bersama Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad yang juga merupakan Pengerusi PDT telah diadakan pada 8 Julai lalu di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar.

Perjumpaan tersebut bagi membincangkan berkenaan kelangsungan PDT pasca COVID-19 dan pelan perancangan untuk jangka masa panjang.