Sekitar Sesi Penyerahan dan Akuan Terima Serah Tugas di antara Ketua Pegawai Eksekutif Johor Centre for Construction Development (JCCD), Encik Norazmi Bin Amir Hamzah dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif JCCD, Tuan Haji Ts. Mohd Ekhmaluddin Bin Dato’ Ishak.

Sesi tersebut yang diadakan di Pejabat Pengurusan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) semalam, disaksikan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, Dato’ Ramlee Bin A Rahman dan Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Encik Noor’ Azmi Bin Md Omar.

Turut hadir barisan pengurusan tertinggi PDT.

Encik Norazmi sebelum ini merupakan Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing. Beliau kini diberi amanah bagi menerajui JCCD yang merupakan anak syarikat kumpulan PDT.