Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tabung Pendidikan Sarjana PDT (TPSPDT) dan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKKP) 2022 telah diadakan baru-baru ini bagi menilai permohonan bantuan pendidikan yang telah diterima.

Mesyuarat ini adalah sesi penilaian akhir penerima bantuan, yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar.

Turut bersama-sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), Hishamuddin Abdul Rahim; Pengurus Kanan Bantuan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor, Haji Mohamad Zeen Watak dan Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Nur Erleta Abu Samah.

PDT memperuntukan sebanyak RM180,000 pada tahun ini bagi TPSPDT dan TPKKKP. Program ini diselaraskan dengan kerjasama YRZSNJ.