Pejabat Pengurusan Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) hari ini menerima kunjungan daripada Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad.

Kunjungan tersebut diadakan di pejabat PUJB yang baharu bertempat di Nusantara Prima, Iskandar Puteri dan disambut meriah oleh seluruh warga kerja PUJB.

Datuk Haji Hasni turut diberi taklimat oleh Pengarah Eksekutif PUJB, Haji Ashari Kasnan berkenaan prestasi dan perancangan PUJB, termasuk program-program pembangunan usahawan negeri Johor.

Menteri Besar Johor turut berkesempatan singgah ke Nusa Cafe @ PUJB bagi melihat produk-produk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) Johor serta jualan cenderhati Sukan Malaysia (SUKMA) Johor.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, YB Mohd Izhar Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Mohd Solihan Badri.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Dato’ Dr Badrul Hisham Kassim; Ketua Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Haji Lukman Abu Bakar dan Pengurus Besar PUJB, Mohamad Radif Haji Kosnin.