Seramai 45 peserta daripada kalangan Pegawai Tadbir Negeri Johor, barisan pengurusan Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan para pegawai kanan telah menyertai Leadership Retreat’s 3.0 : Directorship, Commitment & Performance.

Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil kepada para peserta terlibat dalam satu majlis yang diadakan pada Januari di DoubleTree, Johor Bahru.

Program ini adalah kesinambungan daripada Kursus Jangka Pendek Pegawai Tadbir Negeri Johor (Leadership Retreat’s 1.0 dan 2.0 : Corporate Governance & Integrity) yang diadakan pada 2022 bertujuan memberi pendedahan kepada peserta terhadap peranan Ahli Lembaga Pengarah bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri (JCS Academy) dan PricewaterhouseCoopers (PwC).

Sejak 2015, Kerajaan Negeri dengan kerjasama PDT telah banyak memperkenalkan Kursus Jangka Pendek Pegawai Tadbir Negeri Johor iaitu program kepimpinan yang bertujuan untuk memberi pendedahan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.