Sejak 2017, Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah memulakan inisiatif dalam memberi peluang peningkatan kemahiran dan pendidikan agama kepada guru-guru KAFA yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor, dengan menyediakan kursus jangka pendek kepada mereka.

Usaha tersebut digerakkan bersama-sama Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Pada 19 Julai lalu, PDT telah mengadakan pertemuan bersama sebahagian daripada guru-guru KAFA yang pernah mengikuti kursus sebelum ini bagi mendapatkan maklum balas mengenai pelaksanaan kursus tersebut.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, JAINJ, Tuan Haji Yosree Ikhsan; Timbalan Presiden Perhubungan Strategik dan Tugas Khas PDT, Noor’ Azmi Md Omar dan Pegawai Pendidikan Islam Johor Bahru, Samsudin Mahdi.