Perjumpaan Akhir Tahun Kakitangan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) bersama Ketua Eksekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar diadakan hari ini di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
Pada perjumpaan tersebut, Haji Lukman berkesempatan menyampaikan amanat dan perkongsian mengenai prestasi dan kemajuan syarikat sepanjang tahun 2020.
Beliau berharap seluruh kakitangan PDT sentiasa bersedia menghadapi cabaran untuk tahun akan datang dan sentiasa bekerjasama bagi memastikan matlamat yang dirancang untuk memajukan syarikat dapat dilaksanakan dengan baik.
Perjumpaan tersebut turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi PDT.