Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Integriti (JAI) Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Dato’ Ishak Sahari menyampaikan Watikah Pelantikan ‘Integrity Champion’ kepada wakil anak syarikat kumpulan PDT.

 Ia terdiri daripada wakil Johor Special Water Sdn. Bhd.; Syarikat Air Johor Sdn. Bhd.; Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd.; Johor Centre for Construction Development dan PDT Oil & Gas Services Sdn. Bhd.

Pelantikan ini bagi memastikan pembudayaan dan pematuhan terhadap polisi berkaitan integriti peringkat anak syarikat kumpulan dapat dilaksanakan secara efisien.

Penyerahan Watikah Pelantikan turut disaksikan Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A. Rahman dan Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti, Encik Mohd Firdaus Abd Samad.