Lebih 40 kakitangan termasuk pengurusan kanan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menyertai ‘PDT Town Hall’ yang diadakan baru-baru ini, menjadi platform perbincangan hala tuju syarikat bagi tahun 2023.

Pelbagai pengisian disusun antaranya Majlis Amanat Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT yang disampaikan oleh YB Dato’ Ramlee A Rahman, penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pembentangan Bajet 2023.

Turut diraikan dua kakitangan PDT yang telah berkhidmat selama 27 tahun. Penganugerahan ‘Long Service Award’ diberikan kepada Encik Mansor Mohd Sharif dan Puan Fatimah Masood.

Dalam pada itu, ‘Enrich Talents Program’ juga diadakan bertujuan mengetengah dan memperkasa bakat-bakat warga kerja PDT dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi.