Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi membantu menangani krisis pandemik COVID-19 yang belum berakhir.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Eksekutif PDT, Tuan Haji Lukman Abu Bakar kepada Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni Mohammad di Kota Iskandar, hari ini.

Turut menyaksikan, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji Azmi Rohani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim.