Dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru KAFA negeri Johor, PDT dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) meneruskan inisiatif penganjuran Kursus Pedagogi Pendidikan Guru KAFA 2022 (Siri 2).

Kursus tiga hari yang berlangsung pada 6 hingga 8 September lalu di Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru melibatkan penyertaan seramai 50 guru KAFA lantikan 2021 dari seluruh daerah Johor Bahru.

Majlis penutup disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengurusan Sekolah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Ustaz Ahmad Dhiauddin Salimin. Turut hadir, Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti PDT, Mohd Firdaus Abd Samad.

Sejak diperkenalkan pada 2017, PDT telah menyumbang hampir RM400,000 bagi pelaksanaan kursus ini dengan seramai 1,400 guru KAFA telah menerima manfaat.