Sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor, Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah menyumbang sebanyak RM100,000.

Inisiatif tersebut adalah bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan awam negeri Johor menerusi latihan, kajian dan penyelidikan secara berterusan.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Eksekutif PDT, Tuan Haji Lukman Abu Bakar kepada Pengarah Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim pada Majlis Amanat YB Setiausaha Kerajaan Johor di Johor Bahru, semalam.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan Buku Pena Jauhar 3, terbitan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan PDT.