PDT terus komited dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat.

Terbaharu, sumbangan barangan keperluan asas disalurkan kepada Southern Volunteers sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka boleh mengakibatkan bencana banjir.

Penyerahan barangan bantuan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan PDT, Dzulkifly Hassan kepada Yang Berhormat Dato’ ‘On bin Jabbar @ Ja’afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan) bagi mewakili Southern Volunteers.

Bantuan ini akan disalurkan kepada mangsa yang terkesan sekiranya bencana banjir melanda negeri Johor atau mana-mana lokasi yang terkesan akibat banjir.