Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. (PDT) menyalurkan bantuan tambahan kepada Southern Volunteers (SV) untuk disalurkan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di seluruh Johor.

Bantuan tambahan tersebut iaitu 1,000 kampit beras dan 2,000 bihun telah diserahkan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ Hj On Jabbar@Ja’afar.

Sebelum ini, PDT juga telah menyalurkan sebanyak 1,000 kampit beras dan 2,000 tepung gandum kepada SV sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas.

Terima kasih kepada pihak Southern Volunteers yang telah menyelaraskan proses agihan barangan bantuan kepada golongan yang memerlukan.