Permodalan Darul Ta’zim (PDT) memenangi kategori Sepanduk Terbaik (Tempat Ketiga) – Kategori Terbuka Syarikat Swasta sempena Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Johor.

PDT merupakan antara 131 kontinjen yang menyertai acara Perbarisan dan Perarakan yang berlangsung di Dataran Iskandar Puteri, pagi tadi. Ini merupakan penyertaan sulung PDT dalam acara tersebut dengan kekuatan 33 anggota.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, diiringi Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani serta ketua-ketua jabatan.

Hadir sama, Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman dan barisan pengurusan PDT.