Permodalan Darul Ta’zim (PDT) hari ini menyampaikan sumbangan kepada hampir 40 buah keluarga di sekitar Mukim Bandar, Johor Bahru.

Sumbangan berbentuk wang tunai menerusi program Sinar Lebaran disalurkan kepada golongan yang memerlukan dalam kategori miskin tegar, warga emas dan golongan kurang upaya.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar.

Turut besama-sama Penghulu Mukim Bandar Johor Bahru, Hairul Hamid dan Ketua Kampung Dato’ Onn Jaafar, R. Azmi Md Aris.

Semoga sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban para penerima dalam membuat persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah Johor Bahru dan pihak yang terlibat dalam melancarkan proses agihan sumbangan ini.