Lawatan Kerja Permodalan Darul Ta’zim (PDT) ke Osman Goat Farm yang terletak di Kangkar Tebrau, Johor Bahru.
Lawatan diketuai oleh Ketua Eksekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar. Turut serta, Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan PDT, Dzulkifly Hassan dan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek PDT, Azman Jaafar.
Lawatan ini bertujuan melihat sistem penternakan kambing tenusu dan kambing pedaging yang dijayakan syarikat itu sejak tahun 1990, serta sebagai platform perkongsian idea dalam bidang penternakan.
Terima kasih kepada Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty kerana mengalu-alukan kedatangan kami. Semoga lawatan ini dapat menghasilkan kerjasama dalam bidang yang berkaitan.