Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menerima kunjungan daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Iskandar Investment Berhad (IIB), YH Dato’ Idzham Mohd Hashim di pejabat pengurusan PDT, Johor Bahru, semalam.

Kunjungan tersebut bagi membincangkan potensi kerjasama berkaitan pembangunan melibatkan sektor perumahan dan komersil yang memberi fokus kepada golongan M40.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A. Rahman itu turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, EcoWorld Development Group Berhad, Dato’ Chang Khim Wah.

Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif, Pelaburan & Strategi Korporat IIB, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi; Pengurus Besar Bahagian EcoWorld, Phan Yan Chan dan barisan pengurusan kanan PDT.