Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menyampaikan sumbangan makanan ringan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Persada Johor, Johor Bahru.

Pemberian sumbangan ini adalah sebagai tanda menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin kepada masyarakat.

 Sumbangan disampaikan Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor Azmi Md Omar kepada Ketua Penyelaras PPVAZ Persada Johor, Haji Zainal Eran.

Diharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada para petugas.