Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menyaksikan pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama di antara PDT dan Cypark Resources Berhad (Cypark) di Kota Iskandar, semalam.

PDT diwakili oleh Ketua Eksekutif, Tuan Haji Lukman Abu Bakar, manakala rakan kongsi teknologi Cypark diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Daud Ahmad.

Turut bersama-sama menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Ayub Jamil.

PDT dan Cypark iaitu pakar kejuruteraan dan teknologi alam sekitar bersepadu akan menjalinkan kerjasama dalam projek Waste-To-Energy (WTE) bagi menyelesaikan isu pelupusan sisa pepejal yang lebih mesra alam termasuk pembangunan WTE bagi negeri Johor. Untuk tujuan ini, PDT dan Cypark bersetuju untuk bekerjasama mengambil bahagian di dalam tender pembangunan sebuah loji WTE di Bukit Payung, Johor yang dikhususkan untuk sisa pepejal dari kawasan utara Johor.

Menerusi kerjasama ini, ia juga bakal menyaksikan perkongsian pengetahuan dan kepakaran serta membuka peluang kepada kontraktor tempatan untuk terlibat sama dalam projek berteknologi tinggi