Mesyuarat Lembaga Pengarah Permodalan Darul Ta’zim (PDT) Kali Ke-31 telah diadakan di pejabat pengurusan PDT, Johor Bahru, semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna Negeri, YB Tuan Lee Ting Han; Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Salehuddin Hassan.

Hadir sama, Pengarah Tanah & Galian Johor, YB Dato’ Haji Ashari Kasnan; Pengerusi Jawatankuasa Audit & Integriti, YB Dato’ Ishak Sahari dan Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman serta barisan pengurusan kanan PDT.