Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Integriti (JAI) Kali Ke-7 PDT telah meluluskan pengakreditasian ‘MS ISO Anti-Bribery Management System’ (ABMS) pada tahun 2023 dan pemakaian ‘Vendor Integrity Pledge’ (VIP) kepada pembekal-pembekal di peringkat PDT dan Kumpulan PDT. 

Inisiatif ini adalah selari dengan Tatacara Mencukupi yang disarankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat JAI dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ishak Sahari selaku Pengerusi JAI merangkap Ahli Lembaga Pengarah PDT, pada 29 Nov lalu. 

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa JAI, Haji Lukman Haji Abu Bakar dan Haji Mohd Khir Johari Salleh serta Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, Yang Berhormat Dato’ Ramlee A Rahman.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat kumpulan serta barisan pengurusan PDT.