Lebih 85,000 penduduk dilaporkan terkesan akibat banjir besar yang melanda Johor sejak 1 Mac lalu.

Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menzahirkan rasa simpati dan berharap penduduk yang terkesan tabah menghadapi ujian.

Pada Isnin lalu, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi PDT, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Southern Volunteers Konvoi Pasca Banjir Negeri Johor Ke Batu Pahat.

Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman bersama ketua-ketua agensi kerajaan negeri Johor turut berkesempatan hadir pada majlis tersebut.

Sejak Jan 2023, PDT telah menyumbang lebih RM50,000.00 kepada Southern Volunteers menerusi pembelian barangan keperluan asas untuk disalurkan kepada penduduk yang terkesan akibat banjir.

Selain itu, sebanyak RM150,000.00 turut disumbangkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi membantu mangsa-mangsa banjir.