DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Penghargaan Laksamana Neon Run 2022 di Iskandar Puteri pada 9 Ogos lalu.

Majlis tersebut bagi menghargai para penaja Laksamana Neon Run 2022 yang berjaya mengumpul dana lebih RM1 juta bagi kegunaan aktiviti-aktiviti Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).

Berangkat sama mengiringi Tuanku Permaisuri, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, yang bersama Baginda menyampaikan sijil penghargaan kepada penaja serta pihak yang terbabit dalam penganjuran.

Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, Dato’ Ramlee A Rahman turut menerima sijil penghargaan tersebut. Sebanyak RM50,000.00 telah disumbangkan oleh PDT pada tahun ini bagi menyokong penganjuran program larian amal tersebut.