Sekitar Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat anjuran Kelab Kakitangan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang berlangsung hari ini di Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian Pengurusan Masjid, Ustaz Aliff Syamil Azlan.
Majlis ini diadakan bertujuan memohon keberkatan Allah SWT, perlindungan dan dijauhkan daripada wabak COVID-19 serta mendoakan agar seluruh kakitangan kekal tabah mendepani cabaran di sebalik pandemik ini.
Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan PDT bersama anak-anak syarikat.
Turut hadir, Ketua Eksekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar serta barisan pengurusan tertinggi PDT dan anak-anak syarikat.