Majlis Apresiasi Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah diadakan pada 8 April lalu bagi menghargai jasa dan khidmat bakti Pegawai Tadbir Negeri Johor yang pernah berkhidmat dalam kumpulan PDT.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Eksekutif PDT, Tuan Haji Lukman Abu Bakar.

Mereka yang diraikan ialah mantan Pengarah Eksekutif Johor Special Water (JSW), Tuan Haji Muhamad Fuad Radzuan; Tuan Haji Abdul ‘Alim Abd. Syukor dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif JSW, Tuan Haji Muzaldin Mohamed.

Turut diraikan, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Johor Sdn. Bhd (SAJSB), Tuan Haji Miswan Yunus; mantan Ketua Pegawai Eksekutif PDT Oil & Gas Services, Tuan Haji Mohd Shahrin Dato’ Abd Rahmat dan Timbalan Presiden Hartanah & Projek PDT, Mohd Sharizan Sahid.