Sejumlah 80 keluarga di sekitar Mukim Tebrau dan Bandar Johor Bahru menerima sumbangan Kotak Makanan Permodalan Darul Ta’zim (PDT).

Kotak Makanan yang mengandungi barangan keperluan asas tersebut diagihkan kepada kumpulan sasar yang terjejas dan hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Sumbangan disampaikan Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor Azmi Md Omar kepada Penghulu Mukim Tebrau, Hairul Hamid dan ketua kampung yang terlibat serta Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (Zon Bandar Baru Uda), Datuk Yahya Jaafar.

Penyaluran sumbangan ini turut mendapat kerjasama daripada Kelab Kakitangan PDT dan Pejabat Daerah Johor Bahru. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas.