Leadership Retreat’s 2.0 : Corporate Governance & Integrity telah diadakan pada 4 Oktober lalu anjuran bersama Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor, Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. dan Pricewaterhouse Coopers (PwC).

Seramai 22 Pegawai Tadbir Negeri Johor menyertai program ini yang memberi fokus kepada modul-modul utama terpenting dalam pengurusan organisasi terutama sektor korporat.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim, merangkap Pengarah Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil yang diadakan di Jen Johor, Puteri Harbour.

Turut hadir, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar.