Permodalan Darul Ta’zim (PDT) bersama-sama anak syarikat SAJ Sdn. Bhd. (SAJSB) telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kahang dan Tangki Simpanan Air yang baharu di Kluang.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat kemajuan fizikal projek terkini di tapak serta melihat sendiri komponen dan proses LRA tersebut yang dijangka siap pada akhir Mac 2021.
Lawatan dihadiri Ketua Esekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif SAJSB, Haji Miswan Yunus dan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek PDT, Azman Jaafar.
Pada lawatan itu, Pengarah Projek Konsortium PDT-Asia Baru, Ir. Joo Hen Sin turut memberi taklimat berkenaan kemajuan projek tersebut yang dibangunkan bagi menampung keperluan bekalan air di daerah Kluang.
Apabila siap kelak, LRA Kahang dan sistem agihannya bakal menyediakan bekalan air terawat tambahan dengan kapasiti 40 juta liter sehari (MLD) yang disalurkan dari Empangan Kahang ke bandar Kluang.