Satu delegasi Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YB Tuan Haji Ayub Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah mengadakan lawatan ke tapak projek SMART Waste To Energy (WTE) di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan.

Lawatan tersebut adalah bertujuan melihat kemajuan pembangunan projek SMART WTE yang merupakan projek pertama dibina di Malaysia.

Lawatan turut disertai Ketua Eksekutif Kumpulan PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cypark Resources Bhd., Dato’ Daud Ahmad.

Hadir sama, Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek PDT, Azman Jaafar dan Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran & Sumber Manusia PDT, Noor Azmi Md Omar.

Deligasi turut diberikan taklimat khas oleh Pengarah Kanan Cypark Resources Bhd., Achmat Nadhrain Ibrahim berkaitan projek, selain mempelajari kaedah penyelesaian dalam pelupusan sisa pepejal di Negeri Sembilan.