Lawatan Kerja Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad ke pejabat pengurusan Johor Centre For Construction Development (JCCD) bertempat di Nusantara Prima, Iskandar Puteri, hari ini.

Pada lawatan itu, Datuk Haji Hasni diberi taklimat berkenaan peranan dan operasi JCCD selaku anak syarikat berkaitan kerajaan, serta hala tuju pembangunan kontraktor negeri Johor.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JCCD, Haji Mohd Ekmaluddin Dato’ Ishak.

Menteri Besar Johor turut bekesempatan beramah mesra bersama para kontraktor Johor serta menyampaikan jaket keselamatan kepada kontraktor yang telah berdaftar dengan JCCD.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke pejabat pengurusan JCCD selepas dilantik sebagai Pengerusi JCCD pada Mei lalu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Mohd Solihan Badri; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Dato’ Dr Badrul Hisham Kassim; Ketua Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Haji Lukman Abu Bakar dan Pengarah Teknikal JCCD, Azman Jaafar.

JCCD merupakan anak syarikat kumpulan Permodalan Darul Ta’zim (PDT), yang diperbadankan pada 2017.