Pejabat Satelit PDT Oil & Gas Services Sdn. Bhd. (PDT O&G) yang terletak di Pengerang, Johor dijangka beroperasi sepenuhnya pada Ogos depan.

Pejabat tersebut akan digunakan oleh bahagian operasi PDT O&G serta untuk urusan kerja anak-anak syarikat PDT O&G.

Dengan wujudnya Pejabat Satelit PDT O&G di Pengerang ini, ia menunjukkan keberadaan serta komitmen PDT O&G dan anak-anak syarikat dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelanggan dan pemegang taruh.

Pejabat Pentadbiran PDT O&G di Kota Iskandar, Iskandar Puteri masih beroperasi seperti biasa.

Semalam, Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Lukman Abu Bakar bersama Pengarah PDT O&G, Mohd Shahrin Dato’ Rahmat meluangkan masa melawat Pejabat Satelit itu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PDT Scaffold Engineering, Azman Jaafar dan Timbalan Presiden Perhubungan Strategik dan Tugas Khas PDT, Noor’ Azmi Md Omar.