Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar berkesempatan mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sri Medan, Batu Pahat pada Isnin.

PPS SK Sri Medan dibuka sejak 28 Januari lalu dan kini menempatkan seramai 261 mangsa banjir daripada 76 keluarga.

Lawatan disambut Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Silanoraismawati Mohd Zin yang turut memberi penerangan berkenaan penempatan di PPS ini.

Kesemua mangsa adalah dari sembilan kampung berdekatan antaranya Kampung Seri Pasir, Kampung Parit Khalid dan Parit Hj Ahmad.

Terdahulu, PDT telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada Southern Volunteers yang akan diagihkan kepada mangsa banjir di seluruh Johor, termasuk Batu Pahat.

Sehingga 8.00 pagi hari ini, sebanyak tujuh PPS telah dibuka di daerah Batu Pahat yang menempatkan seramai 921 mangsa dari 255 keluarga.