Johor Economic, Tourism & Cultural Office (JETCO) di Singapura merupakan anak syarikat Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang ditubuhkan pada tahun 2021.

Penubuhan JETCO bertujuan mempromosikan Johor sebagai destinasi pelaburan, perdagangan, pelancongan dan kebudayaan bertaraf global.

Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A. Rahman bersama barisan pengurusan PDT telah mengadakan lawatan pertama ke pejabat tersebut di The Centrepoint yang mula beroperasi secara rasmi pada Ogos tahun ini.

Kunjungan delegasi PDT disambut Ketua Pegawai Eksekutif JETCO, Saifuddin Abdul Rahim. Beliau turut berkesempatan menyampaikan taklimat berkenaan aktiviti yang dijalankan oleh JETCO sepanjang tahun 2022 dan perancangan program yang akan diadakan pada 2023.