GroGrace menampilkan konsep pertanian dalam bandar dengan menggunakan gabungan sistem ‘dry hidroponik’ dan teknologi hortikultur dari Belanda sebagai langkah inovatif dalam mengatasi tahap kebergantungan kepada hasil import.

Pada 14 Disember lalu, delegasi Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang diketuai Ketua Eksekutif (Kumpulan), YB Dato’ Ramlee A. Rahman berpeluang mengadakan lawatan ke ladang pertanian bandar tersebut yang terletak di Taman Perindustrian, Jurong, Singapura.

Berkeluasan 650 meter persegi, GroGrace adalah satu-satunya pertanian dalam bandar yang dibangunkan secara ‘vertical indoor facility farm’ sebagai alternatif kepada tanaman hortikultur tradisional seperti sayur-sayuran.

Kunjungan delegasi PDT disambut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Urban Farming Partners Singapore (UFPG), Grace Lim.

Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic Tourism & Cultural Office Singapore (JETCO), Saifuddin Abdul Rahim.

Hadir sama, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar; Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan, Dzulkifly Hassan; Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti, Mohd Firdaus Abd Samad dan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Azman Jaafar.