Seramai 50 guru KAFA negeri Johor telah menyertai Kursus Pedagogi Pendidikan Guru KAFA 2022 (Siri 1) yang diadakan pada 4 hingga 6 September bertempat di Grand Blue Wave, Johor Bahru.

Kursus tiga hari tersebut melibatkan penyertaan guru KAFA dari seluruh daerah negeri Johor.

Sejak 2017, PDT dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kemahiran guru-guru KAFA, dengan menyediakan kursus jangka pendek kepada mereka. Sehingga kini, PDT telah menyumbang hampir RM400,000 bagi menjayakan program tersebut.

Majlis penutup disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengurusan Sekolah, JAINJ, Ustaz Ahmad Dhiauddin Salimin. Turut hadir, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar.