Ketua Eksekutif (Kumpulan) Permodalan Darul Ta’zim (PDT), YB Dato’ Ramlee A Rahman menerima kunjungan hormat daripada Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld, Dato’ Chang Khim Wah.

Kunjungan tersebut antara lainnya bagi membincangkan berkenaan kemajuan projek perumahan Eco Botanic 2.

Fasa 1 projek pembangunan bersama PDT dan EcoWorld itu sedang rancak dijalankan bersebelah perbandaran perdana EcoWorld di Iskandar Puteri dan dijangka siap pada 2025.