Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Permodalan Darul Ta’zim (Kelab PDT) Kali Ke-4 telah dijayakan hari ini, dengan menyaksikan perlantikan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang baharu bagi tahun 2020/2021.

Berdasarkan kejayaan penganjuran aktiviti pada tahun lepas, Kelab PDT bakal meneruskan momentumnya untuk bergiat aktif dengan pelaksanaan pelbagai program pada tahun ini.

Antaranya, melibatkan program tanggungjawab sosial korporat, kerohanian, aktiviti sukan dan rekreasi.

Ditubuhkan pada 2015, Kelab PDT memiliki lebih 60 ahli yang terdiri daripada kakitangan Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. (PDT) dan anak syarikatnya.

Penubuhan Kelab PDT dengan slogan ‘Pekerja Bahagia, Syarikat Berjaya’ adalah bermatlamat untuk memperkukuhkan hubungan persaudaraan, selain menjaga kebajikan para pekerja kumpulan PDT.

Terdahulu, Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni dilantik sebagai Presiden Kelab PDT bagi sesi 2020/2021, manakala Timbalan Presiden, Saidatul Eliya Rasman.

Menurut Muhammad Nur Sadiqin, beliau berharap aktiviti-aktiviti yang dirangka dapat memberi nilai tambah serta mengeratkan hubungan kekitaan di antara kakitangan PDT.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Penasihat Kelab PDT, Tuan Haji Shahrin Dato’ Rahmat.