Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Integriti (JAI) (Bil. 1/2021) Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah diadakan pada 30 Mac lalu yang dipengerusikan oleh Dato’ Ishak Sahari selaku Pengerusi JAI PDT.

Menerusi mesyuarat tersebut, ia menyaksikan fungsi Audit Dalam dilaksanakan buat pertama kalinya di peringkat PDT dan anak-anak syarikat dalam kumpulan PDT.

Turut serta, Ahli Jawatankuasa JAI, Haji Lukman Haji Abu Bakar dan Haji Mohd Khir Johari Salleh serta Ketua Eksekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar.

 Hadir sama, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat dalam kumpulan PDT serta barisan pengurusan tertinggi PDT.

Penubuhan JAI adalah bertujuan memantau pelaksanaan fungsi teras Unit Integriti dan Governans (IGU), selain memastikan fungsi Audit Dalam dilaksanakan secara berkala bagi memastikan pematuhan terhadap amalan tadbir urus korporat di PDT dan anak-anak syarikat dalam kumpulan PDT.