Delegasi Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang diketuai oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman telah mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (Pantai 2 RSTP) di ibu negara, baru-baru ini.

Pantai 2 RSTP merupakan loji rawatan kumbahan terbesar di Asia Pasifik dan loji rawatan kumbahan bawah tanah pertama di Malaysia yang mampu merawat kumbahan bagi populasi 1.423 juta penduduk setara (PE).

Pembinaan loji ini turut mengaplikasikan teknologi hijau menerusi penggunaan tenaga solar, selain direka bagi mencapai kualiti pelepasan efluen Standard A, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.

Sesi lawatan disertai Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Ts. Azman Jaafar; Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia, Noor’ Azmi Md Omar; Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti, Mohd Firdaus Abd. Samad;  Pengarah Projek Johor Special Water (JSW), Haji Isa Abu Bakar dan Pengurus JSW, Ismail Yunus.

Delegasi PDT disambut Ketua Pegawai Eksekutif, Indah Water Konsortium (IWK), Narendran Maniam. Turut bersama-sama Ketua Operasi Wilayah Selatan IWK, Lutpee Salleh; Ketua Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan IWK, Ir. Mohd Taufik Salleh dan Ketua Perancangan Korporat, Azuan Ahmad Zahdi.

Sesi taklimat berkenaan operasi loji rawatan ini disampaikan oleh Pengurus Sistem Rawatan, Kuala Lumpur, Azian Ahmad.