Tahniah kepada 178 usahawan di negeri Johor yang telah berjaya menerima surat kelulusan Program 3P (Pemulihan, Pemerkasaan Dan Peningkatan) : Geran Food Truck Johor, hari ini.
3P : Geran Food Truck Johor merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) iaitu anak syarikat Permodalan Darul Ta’zim (PDT) bagi membantu para usahawan Food Truck yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Program ini juga bertujuan memberi galakkan kepada orang awam yang ingin menceburi bidang perniagaan dan seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan Food Truck.
Penyampaian bantuan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Mohd Izhar Ahmad, sebentar tadi.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif PUJB, Haji Ashari Kasnan.
Sebanyak RM534,000 diperuntukan menerusi program ini yang melibatkan pemberian bantuan tunai RM3,000 untuk setiap penerima.