‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’

Usaha membantu golongan yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 diteruskan dengan pengagihan 100 pek barangan keperluan harian kepada penduduk di sekitar Johor Bahru.

Ia melibatkan penduduk di Flat Larkin Perdana, Kampung Sri Paya, Flat Suria Muafakat, Flat Seri Anugerah dan Flat Larkin.

Bantuan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan pelbagai keperluan lain itu mula diagihkan hari ini dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Sebelum ini, pihak Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah menerima permohonan dan mendapati mereka hilang punca pendapatan, terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan dengan segera.

Terdapat di kalangan mereka juga merupakan golongan ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban mereka terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini memasuki fasa ketiga dan juga menjelang Ramadan.