Bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah menganjurkan Majlis Lambaian Ramadan di Pejabat Pengurusan, Johor Bahru.

Majlis tersebut diserikan dengan program ilmiah iaitu Tazkirah Ramadan dan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Tuan Haji Mohd Taufik Dato’ Kiyai A. Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman turut berkesempatan hadir bersama barisan pengurusan kanan serta seluruh warga kerja PDT.