#BeritaJauhar | Penyerahan bantuan Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim (PDT) oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Segamat, sempena Kembara Mahkota Johor 2016.

Bantuan RM10,000 yang diberikan kepada anak Johor yang layak itu merupakan salah satu inisiatif di bawah Bajet Johor 2016 dalam usaha membangunkan modal insan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan seramai 30 orang anak Johor bakal menerima bantuan pendidikan itu, namun jumlah tersebut ditingkatkan kepada 50 orang.

Sumber : www.jauhar.my