Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, YB Tuan Lee Ting Han mengadakan kunjungan ke Pejabat Pengurusan Permodalan Darul Ta’zim (PDT), semalam.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah PDT turut mempengerusikan mesyuarat berkaitan perkembangan dan hala tuju industri air di negeri Johor.

Turut serta, Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. (SAJSB), Haji Riduan Md Ali dan barisan pengurusan PDT.