Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 50 penduduk di daerah Mersing menerusi program Sinar Lebaran PDT 2022.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia, Noor’ Azmi Md Omar kepada penerima yang terdiri daripada warga emas, miskin tegar dan orang kurang upaya.

Turut hadir, Penghulu Mukim Padang Endau, Mohd Ezwan Jamigoe; Penghulu Mukim Jemaluang, Nurulikhwan Hujan @ Tik; Ketua Kampung Semaloi, Mohd Sofian Hussain dan Ketua Kampung Sri Pantai, Fadzir Abdullah.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima dalam membuat persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Dalam pada itu, seramai 26 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Mersing turut menerima duit raya sumbangan PDT dan juga Kelab Kakitangan PDT.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah Mersing dan pihak yang terlibat dalam melancarkan proses agihan sumbangan ini.