Sesi Ramah Mesra bersama Petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah diadakan di pejabat pengurusan Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Johor Bahru pada 6 Mac 2022.

Sesi Ramah Mesra ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim selain menghargai usaha kakitangan BERNAMA dalam mempromosikan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di negeri Johor.

Ia dihadiri Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman; Timbalan Presiden Korporat & Kewangan, Dzulkifly Hassan; Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan & Integriti, Firdaus Samad dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita BERNAMA, Harlina Samson.

Hadir sama Ketua Biro BERNAMA Johor, Nor Baizura Basri; Penerbit Rancangan BERNAMA Radio, Fahmi Idris dan Editor Tugasan BERNAMA TV, Zalina Maizan Ngah.