Sekitar Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas di antara Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. (SAJSB), Haji Mohd Riduan Md Ali dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif SAJSB, Encik Abdul Malik Haji Ismail.

Sesi tersebut disaksikan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman. Turut hadir barisan pengurusan PDT.

Haji Mohd Riduan yang merupakan Pengarah Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) diberi amanah bagi menanggung tugasan selaku Ketua Pegawai Eksekutif SAJSB berkuat kuasa 24 Mei 2022.

Sementara itu, Encik Abdul Malik pula dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor yang turut berkuat kuasa pada 24 Mei 2022.