Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000.00 bagi meneruskan sokongan terhadap penganjuran program Larian Amal Laksamana Neon Run 2022.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Azman Jaafar mewakili Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT kepada Penaung Diraja Laksamana Run, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim pada 6 Ogos 2022.

Larian sejauh lima kilometer anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor itu diadakan di Dataran Iskandar Puteri, Johor Bahru. Ia disertai lebih 5,000 peserta melibatkan dua kategori larian iaitu secara fizikal dan virtual.