Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan anak syarikat kumpulan menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman kepada Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu majlis yang diadakan di Johor Bahru, semalam.